
Didapati kawasan ini agak luas dan bentuk muka buminya yang berbukit juga berbatu mengingatkan saya bahawa kesesuaian tapak BUKAN untuk mereka yang baru mahu mencuba juga mereka yang tidak mahukan thrill kerana kali ini, kawasan hutan ini penuh dengan suasana yang tidak dijangka seperti lobang-lobang persembunyian...
Pihak kami sedang menyiapkan keperluan seperti penanda kawasan juga pembersihan kecil sedang giat dijalankan untuk memastikan tapak siap pada masa yang ditetapkan.
Cadangan kami untuk menerima tetamu adalah pada 6/6/2009 dan hanya 4 pasukan 5 anggota yang pertama mendaftar akan menjadi kumpulan pertama menakluki Sg Salu. Bayaran RM50 dikenakan untuk setiap 200 pallet.
Jangan lepaskan peluang ini, sila hubungi saya untuk informasi lanjut.
No comments:
Post a Comment