**PLEASE SMS ME IF YOU NEED ANY INFO REGARDING OUR PAINTBALL BUSINESS. 016-5602345. WhatsApp/Telegram @ 0183995538

Wednesday, June 3, 2009

Permit Pemilikan Marker - Wajib


Permohonan permit untuk aktiviti paintball yang aku pohon dari IPD sebelum ini telah ditolak. Alasannya hanya IPK sahaja yang boleh mengeluarkan permit untuk aktiviti seumpama ini.
Aku sempat bertanya rakan dari IPK syarat2 dan keperluan yang diperlukan untuk membolehkan sukan ini dijalankan dan kebanyakan syarat-syarat itu kerap dilanggar oleh pengendali sukan ini. Di Perak ini hanya satu permit sahaja dikeluarkan, Hmmm..... menarik nie.
Banyak yang aku dapat hasil dari pertemuan itu. Walaupun aku rasa kalau kita mahu main dlam hutan, siapa yang nak tahu tetapi sikap aku yang kalau boleh mengikut peraturan ini membuatkan aku nekad untuk teruskan permohonan permit ini.
Lagi satu perkara yang membuat aku terkejut bahawa pemilikan marker ini memerlukan prosedur yang sama seperti pemilikan senjata api. Pemeriksaan berjadual oleh pihak berkuasa perlu di turuti dan kita tak sewenang2nya boleh menyerahkan kuasa pemilikan kepada orang lain. Wow!!... ketatnya... bagaimana nak berkembang kalau begini...
Jadi, coretan ini bukan untuk menakutkan pembaca yang berkaitan tetapi sekadar memberi informasi tentang apa yang aku tahu sebab aku pun baru tahu prosedurnya dari mulut pihak berkuasa sendiri......

No comments: