Berakhirlah festival tersebut hari ini dan ia banyak meninggalkan kenangan dan banyak juga pengalaman yang di timba dalam mempromosikan sukan paintball di negeri Perak ini. Kepuasan dicapai bila kami dapat menerangkan apakah itu sukan paintball kepada pengunjung dan merasa bagaimana menggunakan marker. Walaupun sukan ini masih 'kurang' dikenali di sini tapi rata-rata yang berkunjung ke booth kami menunjukkan minat mereka yang amat mendalam.

p/s Terimakasih kepada semua yang membantu dan penghargaan kepada Saudara Asri kerana sudi meminjamkan Marker beliau untuk pertujukan. Jasa anda tetap kami kenang
No comments:
Post a Comment