**PLEASE SMS ME IF YOU NEED ANY INFO REGARDING OUR PAINTBALL BUSINESS. 016-5602345. WhatsApp/Telegram @ 0183995538

Wednesday, February 25, 2009

Usahasama Heritage Hotel - Lima Sembilan

Terkejut juga aku pagi-pagi lagi ada orang menelefon dari hotel tersebut. Dia mengajak aku untuk Hi-Tea bersamanya disana. Aku bertanya, apakah tujuannya itu tetapi dia kata mahu bebincang dengan aku soal perniagaan. Hairan jugak.. nama yang sebesar itu mengajak aku untuk menjalankan perniagaan bersama. Rupanya, beginilah bagaimana bangsa-bangsa asing masih boleh bertahan dalam perniagaan kerana sanggup merendahkan diri demi untuk mencari peluang-peluang baru.

Anyway, aku terpaksa menolak kerana aktiviti bersama anak-anak yatim sudah hampir dan aku memang mengutamakan demi untuk saham-saham akhirat nanti. Nampak sangat dia agak kecewa kerana aku menolak dan aku mahu pastikan dia benar-benar perlukan aku selepas ini jugak jika dia menelefon semula selepas 2 minggu. Kita tengok sejauh mana kesungguhannya. Dia masih lagi mahu berjumpa aku di 'pejabat' aku, tapi aku mengatakan aku bekerja makan gaji sambil menjalankan bisnes ini. Walaubagaimanapun aku berjanji kepada dia yang aku akan tidak mengecewakannya selepas urusan aku selesai tidak lama lagi.

Aku bertanya kepada dia apakah yang aku dapat jika berurusan dengan nya... hmmm... satu soalan lazim yang aku tanya dalam perniagaan aku. Dia menawarkan aku pakej lodging yang menarik serta fasiliti hotel untuk pelanggan-pelanggan juga kakitangan kelab aku.. Wah...sudah agak baik ini semua. Dan aku pasti dia mahu letakkan pakej paintball ini sebagai aktiviti xtreme nya di menu hotel..

Aku akan update lagi selepas ini...

No comments: