Facebook Badge
Thursday, October 29, 2009
Rasa Macam Nak Stop Bisnes
Bila fikir balik dan kaji balik, tak banyak masa dapat ditumpukan pada perniagaan paintball ini. Aku akur bahawa untuk menjalankan perniagaan berkonsep perkhidmatan ini memerlukan banyak pengorbanan masa dan tenaga. Dan yang itu aku tak mampu berikan buat ketika ini.
Kebetulan di tempat kerja aku, tugasan makin bertambah, bebanan tugas memerlukan aku bekerja tidak mengikut jadual normal, kadang-kadang terpaksa datang pada hari cuti atau pulang lewat agak larut.
Jika sesiapa yang sudi untuk meneruskan usaha aku ini yang mana memartabatkan sukan paintball dikalangan masyarakat setempat ini, bolehlah calling2 aku dan nyatakan idea dan konsep yang membuat aku tertarik untuk melepaskan semua aset paintball yang ada dalam stor rumah aku itu.
Semua barang telah lengkap, padang ada sendiri, customer ada, cuma nak mencari insan yang benar2 boleh diHARAP ini amat sukar. Bantulah saya mencari orang tersebut dan orang yang bertuah itu boleh meneruskan perniagaan ini tanpa membuat saya risau ditempat lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
anda berhasrat nak jual bisnes ini ker
Post a Comment