**PLEASE SMS ME IF YOU NEED ANY INFO REGARDING OUR PAINTBALL BUSINESS. 016-5602345. WhatsApp/Telegram @ 0183995538
Showing posts with label projek. Show all posts
Showing posts with label projek. Show all posts

Monday, June 1, 2009

Projek di UniKL


Jika ada rezeki kita akan berkampung di UniKL hujung bulan ini selama 4 hari. Harapan 59ers bahawa sukan ini dapat diperkembangkan diserata pelosok Negeri Perak ini dimana satu hari nanti mungkin akan menjadi sukan nombor satu rakyat Malaysia.

Sunday, March 29, 2009

Paintball di Kolej MARA - ditunda ke 18 & 19 April 2009

Memberi ruang kepada pihak UTP menjalankan Karnival pada minggu yang sama, pihak KPM Seri Iskandar terpaksa menunda program mereka ke minggu berikutnya. Aturcara tetap sama dan pertandingan akan tetap dijalankan seperti yang dirancang. Moga-moga pertukaran tarikh ini membawa satu hikmah kepada acara ini.

Friday, March 27, 2009

Projek Berikutnya - Kuala Dipang (Mercu Tanda)


Lampu hijau telah diperolehi dan cuma menantikan tawaran rasmi dari JKKK Kampung. Nampaknya mau tka mahu kena juga aku teruskan projek ini meskipun pada awalnya hanya berkonsepkan suka-suka sahaja.
Rakan pembekal juga telah menyatakan kesanggupannya membiayai sebahagian besar kos pembikinan projek ini dan akan memberikan sokongan padu dari belakang.
Cadangan untuk mengadakan promosi pembukaan besar-besaran pada 1-3 Mei mendatang ini.
Terimakasih rakan2 kerana mendoakan kejayaan ini dan alhamdulillah kepadaNya kerana memberi Rezeki kepada ku ini...

Tuesday, March 24, 2009

Audit Tapak Baru - Kampar

Jumpa dengan 'orang kuat' Kampar dan beliau menunjukkan lokasi-lokasi strategik untuk diusahakan projek paintball ini. Terima kasih saudara Azeril.


Bandar Baru Kampar - bersebelahan dengan rumah kedai. Ada kedai mamak 24 jam dan kedai Tomyam. Lokasi agak baik tapi bagi aku paintball memerlukan kawasan yang agak terpencil supaya nampak lebih istimewa lagi.


Kuala Dipang - sekali pandang sudah menampakkan ciri 'perang'nya dan tapak ini kepunyaan JKKK kawasan berkenaan. Aku rasa lebih baik aku membantu mereka dari membantu individu sahaja. Besar berkatnya....









p/s... tak tahu dimana lokasi yg aku nak pilih sebenarnya... masih dlm kira mengira..